KEK COKLAT LAPIS CHEESE KUKUS

Assalamualaikum,

Hari ni plan nak balik Seremban.. tapi entahlah tak jadi lak.. bila cuti mulalah ummi pikir apa nak masak.. rasa nak makan kek coklat lapis cheese.. kali ni ummi google kek kukus lak sebab haritu buat brownies cheese cara bakar tak menjadi.. ummi kena banyak mencuba nampaknya..

bila google .. mak oii banyaknya resepi.. ummi pilih resepi dari resepi periukbelanga sebab bahan yg digunakan mudah, simple dan yg penting semua ada kat rumah.. jumpa jer resepi ni laju jer ummi buat.. memang senang sangat dan rasanya memang best.. cuma ummi tak jadi lapisan..yg pasti ummi akan buat lagi. masak nie perlu banyak eksperimen jugak yer… hehe..

Abah tak sabar tunggu kek sejuk terus cedok pakai sudu.. bila anak2 nampak.. semua dah tak sabar.. ummi pun apalagi potong jelah sebab masing2 dah bawa piring.. huuaaarrrr … tak tercapai hajat dihati nak letak toping ganache dan hias kek tu.. takper bila along balik ummi buat lagi dan letak toping lak..

ok ni resepi yang ummi ambil dari resepi periuk belanga cuma ummi ubahsuai skit ikut citarasa.. tq to mama wafi farah.. mohon copy yer..

sumber: mesra net

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak (ummi guna minyak conela)
  • ½ cawan susu pekat manis
  •  1 ¼ cawan tepung gandum
  • 1tsp baking powder
  • 3/4 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur*adunan coklat*Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.

    **inti cream cheese**
    250g cream cheese
    60g gula castor
    1 biji telur gred A
    1 sudu mkn besar jus lemon/jus oren sunquick
    25ml air

    campur semua bahan inti,kecuali telur.pukul sampai kembang kemudian,masukkan telur..pukul lagi sampai rata

    cara lapis

    masukkan separuh adunan coklat, kukus dalam loyang yg dah di alas dgn minyak dan sedikit tepung.kukus selama 10 minit (kalau masih cair kukus lagi dalam 10 minit nanti kalau terus campur tak jadi lapisan macam ummi)

    masukkan pula inti cheese..dan kukus selama 10 minit lg

    masukkan baki adunan coklat,kukus lagi selama 30 minit. (ummi kukus 1 jam baru betul-betul masak)

    Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap. setelah kukus angkat dan sejuk kan .

ok selamat mencuba.. memang yummy…… rugi kalau tak cuba…

2 thoughts on “KEK COKLAT LAPIS CHEESE KUKUS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s