Asam Pedas Sardin

Assalamualaikum,

Resepi ni simple tapi jadi pilihan keluarga…. mungkin ramai yang tak suka sardin.. tapi ramai juga penggemar sardin. Sardin ni boleh masak macam-macam dan ummi suka mencuba pelbagai masakan untuk sardin ni.. Asam pedas ni jadi kegemaran family dan senang nak masak.. kalau dah terlambat ummi masak jer asam pedas sardin.. gerenti licin … anak-anak ummi dan abah suka sangat.

Bahan-bahan :

  • sardin 1 tin besar -kalau ramai buat 2 tin (ummi suka jenama king cup)
  • cili kering -anggaran 20 biji (suka pedas atau nak kuah lebih boleh tambah
  • bawang besar – 1 biji
  • bawang putih – 5 biji
  • halia – 1 inci
  • asam jawa – ambil air
  • kacang bendi – anggaran 10 biji – kalau suka boleh tambah
  • garam -secukup rasa
  • air – anggaran 1.5 liter -kalau suka kuah boleh tambah (kuah lebih boleh buat cicah lempeng —-bestnyer)
  • minyak masak – untuk  tumis
  • kalau suka boleh tambah bunga kantan 2 @ 3 kuntum dan daun kesum (kalau ada ummi letak)- kalau balik kampung Ngah selalu bagi..hehe..

Cara-cara ;

  1. cili kering dibuang biji dan rebus seketika – toskan air
  2. blend cili kering bersama bawang besar dan halia (masa blend tu tambahkan sedikit minyak masak untuk hancurkan biji lada yg masih ada)
  3. panaskan minyak masak
  4. bawang putih diketuk  atau ditumbuk kasar
  5. tumiskan bawang putih sebentar kemudian masukkan cili yg telah diblend tadi.
  6. tumis sampai cili betul-betul masak -ummi tak tau nak inform macamana – biasanya sampai minyak tu timbul kot… hehe betul ke bahasa ni..
  7. masukkan air asam jawa dan garam. masak lagi…
  8. masukkan air
  9. masukkan bunga kantan & daun kesum – kalau ada
  10. bila kuah dah mendidih, masukkan sardin bersama kuah sekali
  11. masukkan kacang bendi
  12. tutup api bila bendi dah masak — jangan sampai lembik .. sekejap jer bendi tu masak -biar rangup-rangup sikit.
  13. hidangkan dengan nasi panas atau cicah dengan lempeng atau roti…. pasti terangkat….

cubalah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s