Nasi daun ketumbar

Assalamualaikum,… lamanya tak update kat sini… dah bersarang kualidapur ummi..bukannya dapur ummi tak berasap tapi dah terlebih berasap sampai takda masa nak masukkan kat sini.

Resepi hari ni bukannya hari ni ummi masak tapi dah lama dah .. tak ingat bila. asyik-asyik buat nasi beriani ummi cuba cari resepi nasi lain dari yang lain. Terjumpa resepi ni… tapi tak ingat kat mana.. selama ni tak pernah beli daun ketumbar.. tapi bila tengok resepi ni cam sedap je. terus cari daun ketumbar dan mulakan eksperimen. kali pertama buat tak sempat ambil gambar. disebabkan nasi ni memang teramat sedap, ummi buat lagi.. kali ni along jadi jurufoto.. step by step diambilnya.. bolehlah ummi letak kat sini.. semua anak-anak ummi suka.. nama baru nasi ni – NASI HIJAU.. anak-anak ummi bagi nama ni.. hehehe.. ok ini resepi nya.. memang  best.. selamat mencuba..

NASI DAUN KETUMBAR (NASI HIJAU)

Bahan-bahan

  • 500 gram beras (ummi guna 6 pot beras basmathi) – direndam selama 1 jam
  • 3 sudu mentega
  • sedikit minyak (3 sudu) – tak letak pun takpa sebab dah ada mentega
  • 1 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 3 tangkai daun ketumbar (anggaran  setengah cekak) – diblend halus
  • sedikit garam
  • 1 kiub ayam (ummi guna serbuk ayam knorr)
  • pewarna hijau
  • Air (secukunya untuk masak nasi ) – kuantiti bergantung dengan beras

Cara-cara

  1. panaskan periuk nasi, masukkan mentega
  2. bila mentega dah cair, tumiskan bawang besar tadi
  3. masukkan garam, serbuk pati ayam
  4. masukkan daun ketumbar yang telah diblend tadi
  5. masukkan beraskan, gaul sebati
  6. masukkan air secukupnya untuk memasakkan nasi
  7. bila nasi hampir masak, letakkan sedikit pewarna hijau dan gaul (jangan gaul terlalu kuat nanti nasi patah..)
  8. selepas itu, biarkan nasi masak dan sedia untuk dihidang.

nasi ni sedap dimakan bersama lauk untuk nasi beriani atau apa sahaja.. makan macam tu sahaja pun sedap,, Ummi makan dengan daging masak beriani, acar jelatah dan pappadom..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s