Muffin Pisang

(update gamber jer..)

Minggu lepas mak datang rumah bawak pisang nangka setandan… best betul .. mula-mula buat goreng pisang.. pagi petang anak-anak ummi nak pisang goreng.. pastu semalam kan cuti .. ummi pun buatlah muffin pisang.. dapat 13 biji muffin.. ummi buat 3 versi, 1st muffin pisang biasa cuma wat color-color skit, hijau + kuning.. 2nd muffin pisang inti blueberry dan 3rd muffin pisang coklat.. hehe suka tul wat eksperimen nie… suka sebab kejap jer dah abiss muffin tu.. memula adalah lagi 5 ketul.. bangun pagi ingatkan nak sambung.. huhu.. seketul pun takdak lagi.. alhamdulillah abis gak muffin ummi…

pada ummi yang paling best muffin coklat pisang….

nie resepi yang ummi buat.. pepandai jer ubahsuai resepi dari oleh: m3rni3 my resepi tapi jadi gak…hehe..

Muffin Pisang

bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/3 cawan minyak masak (ummi guna minyak jagung)
  • 1/2 cawan susu segar (ummi guna susu sejat)
  • 1 biji telur
  • 4 biji pisang
  • 1 sudu kecil esen vanila (resepi asal tak letak)

cara-cara (cara ni ikut ummi)

  1. campurkan pisang, susu, gula, telur dan minyak. Blendkan semua.
  2. masukkan tepung ke dalam mangkuk besar dan curahkan bahan yang telah diblend tadi
  3. masukkan esen vanila dan kacau sebati semua bahan.
  4. bahagikan 3 bahagian dan letakkan pewarna (step ni boleh skip kalau taknak).
  5. masukkan ke dalam bekas muffin ikut selangseli warna..
  6. untuk versi 2, ummi letak kan sedikit campuran tadi, kemudian letak jem blueberry dan masukkan campuran tadi semula.
  7. untuk versi 3, ummi campurkan dengan satu sudu besar serbuk coklat dan kacau rata. masukkan dalam bekas muffin.
  8. panaskan oven pada suhu 170 C selama 10 minit.
  9. bila oven dah panas, bakar muffin selama 20 minit pada suhu 170 C. (bergantung kepada oven masing-masing)..
  10. muffin ni sedap dimakan masa suam-suam…

gambar kat atas tu lum bakar…

 

selamat mencuba…

2 thoughts on “Muffin Pisang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s