Nasi Briyani

Hari ni ummi masak nasi briyani + daging kari (sebenarnya bukan kari – tak tau resepi apa, main campak-campak ajer apa yang ada dalam esbok) + acar mentah (jelatah), + pappadam

Dah lama nak buat baru hari ni terlaksana.. gagah juga cari bahan almaklumlah pekan kecil.. [Pasaraya kecil takda beras Basmathi, takda rempah briyani) kenalah pusing jauh skit gi econsave.. tak jauh mana pun .. kalau beli semalam dah selamat sbb econsave tu boleh jalan kaki jer dari opis. tapi semangat semalam nak balik cepat ,, terus balik tak singgah mana-mana pun sebab seronok sangat audit berjaya dapat 5 star.. (thank a lot to all my fren dan tahniah kat boss2 especially my boss sebab dapat first baby masa 1st day audit.- ramai cadang namakan Siti SEMSiah. ok gak tu..hehe. ) dan teima kasih tak terhingga juga buat para auditor dari Negeri Selangor…

oklah sambung cerita nasi briyani… resepi ni ummi ambil skit dari CMG dan sikit dari Chef Hanieliza.. ummi tak ikut semua sbb bahan tak cukup..jadi apa yang ada ummi canpakkan ajer… dan rasa dia ok .. terserlah kebriyanian nya..(kata hubby) .. maaf yer Cik Mat Gebu dan Chef Hanieliza… ummi ubah skit resepi…

ini lah resepinya…

Bahan-bahan

  • 6 cawan beras Basmathi (maaf terlupa nak timbang – masak pun kelam kabut sebab cari bahan lama sangat)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu butter dicampur dengan 3 sudu minyak jagung (ummi guna jer apa yg ada – resepi sebenar pakai minyak sapi – ummi tak berapa suka minyak sapi)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lada merah (belah dua)
  • 1 biji lada hijau (belah dua)
  • biji gajus (ummi tak pasti berapa banyak , ummi letak sebungkus yg ummi beli RM 3. ++)
  • kismis hitam dalam 2 sudu – ummi guna kismis tok guru yang mmg ada stok kat rumah.
  • 1 kiub ayam
  • 1 tin susu cair
  • 700 ml air
  • 2 sudu besar rempah briyani
  • 1 sudu besar rempah ketumbar
  • 1 paket rempah tumis – kulit kayu manis, cengkih dan lain-lain (ummi tak berapa kenal rempah ratus ni…huhu.)
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. basuh beras, rendam selama 1 jam dan toskan
  2. bawang besar, bawang puti dan halia diblend
  3. masukkan butter dan minyak jagung kedalam periuk
  4. tumiskan rempah tumis sampai naik bau
  5. masukkan biji gajus, kacau sampai sedikit perang
  6. masukkan bahan yg telah diblend tadi, tumis juga
  7. masukkan lada, kismis dan tomato yang telah dipong dadu tadi, tumis sedikit..
  8. masukkan susu cair
  9. masukkan air
  10. rasakan garam, bila ok masukkan beras
  11. agak-agak bila dah nak masak, titiskan sedit pewarna kunig ( gaul sedikit)
  12. biarkan nasi masak dan sedia untuk dihidang bersama kari daging, jelatah dan pappadam

nanti ummi upload gambar dan resepi daging juga resepi acar (jelatah)…

ok.. jumpa lagi…

2 thoughts on “Nasi Briyani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s