Kek Coklat Special

Kek coklat nie sangat special sebab resepi mak.. tiap-tiap kali raya mak mesti buat kek coklat ni. Yang bestnyer.. bila siap jer bakar, cucu-cucu mak dah berderet tunggu nak ngap kek tu.. kejap jer dah licin 1 buku…Sedap sangat-sangat makan masa panas… tak yah toping pun dah best sangat… yang paling best bila mak yang buat.. kesian jugak tengok mak tak berenti adun kek.. bukannya sebuku tapi sampai 12 buku… semua anak-anak mak yg nak balik semula ke rumah masing-masing, mak bekalkan sebuku… tu yang special tu… hehehe…

nilah resepinya….

Bahan-bahan

  • 2 biji telur (mak guna gred A)
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu tepung (mak guna susu everyday)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 cawan gula castor (mak guna gula pasir diblend pastu sukat)
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas

Cara-cara

  1. pecahkan telur, pukul sedikit tak perlu kembang sangat
  2. masukkan gula, gaul rata
  3. masukkan tepung naik sediri
  4. masukkan tepung gandum
  5. masukkan baking powder, soda bikarbonat, gaul rata semua
  6. masukkan susu tepung
  7. masukkan serbuk koko
  8. masukkan air panas, kacau rata supaya semua bahan tak bergentel
  9. akhir sekali masukkan minyak masak dan gaul semua sampai sebati.
  10. masukkan dalam loyang yang telah digris dengan butter. Goyang-goyang sedikit loyang.
  11. bakar selama 1 jam pada suhu 150 C (bergantung pada oven masing-masing)
  12. bila dah masak (untuk tau kek dah masak ke belum, cucuk tengah kek dengan lidi sate, kalau tak melekat kat lidi tu bermakna kek dah masak) lepas tu goyangkan loyang untuk memudahkan kek keluar dari loyang
  13. keluarkan dari loyang, potong ikut kretiviti sendiri dan sedia untuk dihidang…

info – kek ini boleh juga dikukus. kek ini tahan lama dan kalau suka boleh letak topping dan hiaskan.

trylah.. mmg best… 2 thumbs up to mak… tq mak… we all love mak…

ni masa baru keluar oven

belum sempat keluar loyang semua dah suruh potong

tu dia… nampak moistnyer… ummi tak kasi makan dulu sebab kek ni nak posing dulu..hahaha… lepas tu sekejap jer dah licin….

One thought on “Kek Coklat Special

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s