Ayam masak sambal lemak

ummi pun tak tau nama resepi ni.. sebenarnya nk buat ayam masak tomato, tapi kalau goreng nanti lambat pulak.. anak-anak ummi dah lapar…huhu.. last-last jadilah ayam masak sambal lemak….(resepi sendiri) – gambar lum upload)

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam sederhana besar
  • secekak lada kering (kalau nk pedas boleh tambah lagi)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 biji tomato
  • 5 biji kentang dibelah 4
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu besar asam jawa adabi
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara.

  1. basuh ayam macam biasa (ummi guna tepung gandum -untuk hilangkan lendir ayam)
  2. rebus lada kering dan toskan.
  3. blend lada kering, bawang besar, bawang putih, buah tomato dan halia (tambahkah sesudu minyak masak – petua nak hancurkan biji lada kering)
  4. panaskan minyak, tumis bahan yang telah diblend tadi
  5. masukkan kentang, tunggu sampai empuk
  6. masukkan garam, asam jawa, sos cil dan gula
  7. masukkan ayam dan santan, masak sampai ayam empuk dan kuah sedikit kering
  8. bila dah secukup rasa, tutup api dan sedia untuk dihidang.

boleh makan dengan nasi panas, roti atau roti canai. anak-anak ummi makan bertambah-tambah sama dengan abah… habis nasi seperiuk (abah masak), Alhamdulillah rezeki hari ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s