2013 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2013 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

A New York City subway train holds 1,200 people. This blog was viewed about 7,400 times in 2013. If it were a NYC subway train, it would take about 6 trips to carry that many people.

Click here to see the complete report.

Panduan Solat Qasar dan Jama’ dan Waktu Solat

Assaalamualaikum,

Ummi nak kongsi panduan ni sebagai rujukan…terima kasih kepada JAKIM..

Untuk panduan waktu solat boleh klik sini.. e-SOLAT : Panduan Solat Harian.

Panduan Solat Qasar Dan Jama’

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden.

Dari itu, 2 marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

Solat Jama’

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Semoga memberi manfaat kepada yang memerlukan… In Shaa Allah..

Wassalam.

Futsal 1 Malaysia TNB Negeri Sembilan – Program Bersama Komuniti

Assalamualaikum,

Sukacita dimaklumkan Kejohanan Futsal 1 Malaysia TNB Negeri Sembilan 2013 akan diadakan pada bulan Mac 2013:

Tarikh : 17 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 am
Lokasi : Kompleks Sukan Negeri, Paroi (Centre Court)

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pertandingan ini. Maklumat lanjut sila layari Facebook TNB Careline. Tarikh tutup penyertaan telah ditunda sehingga 13.3.2012.

Penyertaan adalah PERCUMA serta cabutan bertuah terbuka untuk semua pengunjung yang hadir.
Kejohanan terbuka untuk anak-anak Negeri Sembilan dan juga mereka yang bermastautin, bekerja atau belajar di Negeri Sembilan.

Hadiah lumayan menanti anda, maklumat lanjut, klik sini… Anak-anak Negeri Sembilan

Terimakasih.

Syahiruddin bin Annuar
Pengurus Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran Negeri (Negeri Sembilan)
Bahagian Pembahagian, TNB
013-3995131

Jom ramai-ramai singgah ke Centre Court, macam-macam ada, pameran Tenaga Nasional Berhad, Pemeriksaan Kesihatan, cabutan bertuah, treasure hunt dan pelbagai lagi. TNB juga membuka kaunter pengguna pada hari tersebut. jangan lupa singgah ke tapak pameran yang disediakan… jumpa di sana…

Powering The Nation – Tenaga Nasional Berhad

Roti ummi masak..

Assalamualaikum,

(N3 yg entah bila… asyik kt draft.. ummi publish jer… lama nya tak buat roti… ni gambar roti masa di awal-awal rajin buat roti… )

kenapalah tak boleh tidur nie…. ummi penat sgt smpi tak boleh lelap.. esok (sebenarnya dah hari ni … jam dah 01;18 am) plan nk buat sarapan nasi lemak.. tapi dh dekat jam 2 pagi masih tak lelap.. pukul brapa nk bangun?? esok kena keluar awal selewat-lewat 7 pagi.. ummi kursus….

oklah hari ni layan gambar-gambar roti yg pernah ummi buat.. makan untuk keluarga sendiri jer… bentuk-bentuk roti masih banyak perlu eksperimen..

 

 

 

Cheese Tart Ummi

Assalamualaikum,

Jumpa lagi di Kualidapur… lama tak update blog… bz n letih skit akhir2 ni… tapi aktiviti memasak tetap diteruskan setiap hari.

Ummi sebenarnya dah lama sangat nak try buat cheese tart.. dah berapa kali beli blueberry filling tapi tart tak menjadi gak.. blueberry habis anak2 ummi makan dengan roti.

minggu lepas, jalan2  dapur Kak Azlita Masam Manis dan jumpa step by step untuk buat cheese tart ni terus ummi semangat nak buat masa tu juga. Kebetulan cream cheese memang ada stok dalam esbok dan bahan2 semua ada, terus ummi buat tak tunggu lagi.. Along pun ada lagilah semangat ummi nak buat sebab along suka sangat ngan cheese… hehe…

ok .. ni resepi yang ummi ambik dari dapur Kak Azlita Masam Manis.. kalau nak tengok step by step sila singgah sana .. macam-macam ilmu dan petua boleh dapat. Tq Kak Ita sebab tak lokek ilmu..  Mohon copy resepi yer… tqvm..

Untuk Shell / Crust

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara-cara

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman. (Ummi simpan sekejap jer sebab tak sabar nak buat n nak makan cheese tart ni.. huhu)

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Filling / Inti

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri. (Ummi guna strawberry filling sebab tu jer stok yang ada)
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. (Ummi ikut cara kak Ita ni memang senang)

Cream Cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

bila dah siap semua.. kita boleh decorate chese tart kita.. ikut step by step dari Kak Ita…

Seronok buat cheese tart ni masa nak melorek… hahaha… macam-macam corak  jadi.. rasa macam budak sekolah 1st time guna water color… comot2… lepas ni ummi nak cuba lagi.. buat dengan along.. dia pun sama nak melorek n tukang komen..

Las sekali, bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 – 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama…

ok selamat mencuba..

Ini hasil dari ummi dan anak2 .. tak cun sangat tapi puas hati dapat buat sendiri… lain kali boleh cuba lagi..

ok jumpa lagi… (tak tau bila lah pulak… huhu..) — apsallah gambar jadi gini… lama tak update.. dh lupa.. takperlah janji update untuk rujukan ummi dan anak2…

Jus Epal @ Apple Juice

Assalamualaikum,

JUS SEGAR… ermmm bestnya minum sejuk atau suam.. Ummi selalu juga buat jus segar dirumah tak kira apa jenis buah (ikut stok yg ada kt rumah) samada jus tembikai, epal hijau / merah, carrot susu, oren, lemon, limau nipis + asam boi atau durian belanda (bestnyer.. tapi ikut musim).. Kadang-kadang ummi suka campur-campurkan buah ni jadi jus.. macam-macam perisa. hehehe.. ummi kan suka buat eksperimen tentang masak-memasak nie..

ok.. hari ni ummi nak kongsi resepi jus epal hijau.

Bahan-bahan

  • 1 biji epal hijau segar
  • 300 ml air
  • 2 sudu besar gula pasir
  • sedikit ais batu

Cara-cara

  1. Epal hijau dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong 4 (jgn lupa buang tengah)
  2. Masukkan Epal, gula dan air kedalam blender dan blender sampai hancur
  3. masukkan ke dalam cawan dan tambah sedikit ais.
  4. boleh dihidangkan.

selamat mencuba…

Sambil tu mari kita kongsi khasiat epal ni..ummi ambil info ni dari blog Dr. Rozmey

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

EPAL HIJAU..mengandungi banyak khasiat

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Info dari   ladybird

p/s : Epal hijau yang masam tidak bagus untuk kesihatan otak.. tetapi epal hijau juga turut mengandungi khasiat yang tidak kurang pentingnya untuk kesihatan.. Pengambilan dengan kadar yang sederhana adalah baik.. Dalam ape2 jua keadaan, situasi.. pemakanan.. sederhana itulah yang paling baik daripada yang terbaik.. Allahua’lam..